Friday, August 27, 2010

♥ DIA kekasih Allah ! ♥



Kekasihku,, 
tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, 
Tiada selain Dia di dalam hatiku, 
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku 
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun 
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.” 
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu,, 
maka bakarlah aku di dalamnya! 
Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu,, 
maka haramkanlah aku daripadanya! 
Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu,, 
maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.” 
“Ya Allah! Ampunilah aku.,, 
Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. 
Selamatkanlah aku daripada tipu daya dan fana dunia yang mengasyikkan.” 

AMIN :)